Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Tuesday, April 30, 2013

Petua untuk Penghidap Batu Karang dari Dr Hamid Arshat


Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
~Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
~Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
~Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
~Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
~Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.
Monday, April 22, 2013

Apa bezanya Shaklee?



Seorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik dan asli buat keluarga dan diri agar kekal sihat dan ceria untuk menjaga keluarganya.Ramai yang bertanya Apa lebihnya Shaklee dari produk yang lain?...

Shaklee sering menekankan "The Differrence Shaklee- Sentiasa Selamat,Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.Setiap produk yg dikeluarkan daripada suplemen,isi rumah dan juga kecantikan semuanya selamat digunakan kerana ianya bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh manusia.Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani ujikaji dan mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan di dalam jurnal-jurnal perubatan.



Sunday, April 21, 2013

5 Makanan Yang Boleh Kekalkan Stamina

Makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang  salah boleh menyebabkan seseorang ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Jadi dalam entri ini, saya akan menyenaraikan 5 makanan yang baik untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan kita. Jom kita intai – intai.


1. Pisang

Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa,  Pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikanyang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


2. Soya

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang. Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.

Friday, April 5, 2013

Kenali Vitamin B Complex -kelebihannya



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
 Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
 Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
 Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah sepertidepresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan sepertikeletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Wednesday, April 3, 2013

Penyakit GOUT - cara atasi,rawatan dan penawarnya..


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Monday, April 1, 2013

NUTRIFERON meningkatkan sistem imun anda



NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.
Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain


Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?