Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas,vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak. Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lgkesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik.Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
Mudah selsema
Mudah tertekan ( stress)
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
Tapak kaki keras dan kasar
Mudah bersin
Luka yang lambat baik
Wajah nampak tua berbanding umur ( Vitamin C membantu pembentukan kolagen)
Mudah dapat ulcer
Mudah demam
penyakit Skurvi
dan banyak lagi.
Tetapi untuk mengetahui dengan sangat cepat sama ada kita cukup vitamin c atau tidak... 1. Gusi mudah berdarah setiap kali digosok atau 2. cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas lagi nyata, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara.
0 comments:
Post a Comment