Ramai yang nak kurus dengan cepat, tapi tak faham bagaimana konsep berat badan dan menurunkan berat badan.
“Ambil produk XXXX tapi tak kurus pun”
“Kalau kena diet (tak makan), sama je lah ambil produk ni atau tidak”
Mula-mula kita kena tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan badan jadi naik. Makan makanan berlemak? Kajian mendapati pengambilan makanan berlemak BUKAN FAKTOR UTAMA yang menyumbang kepada kegemukan. Tetapi, jawapannya adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.
Jumlah kalori yang diambil dari makronutrien harus diseimbangkan dengan kalori yang digunakan oleh tubuh untuk metabolisma (RMR), aktiviti fizikal dan TEF (thermal effect of food). Sekiranya yang diambil tu berlebihan dari yang digunakan.. apa jadi? Ia tidak akan dikeluarkan sebaliknya disimpan dalam tubuh sebagai LEMAK SIMPANAN.
Maka cara untuk menyeimbangkan persamaan ini adalah, samada mengurangkan pengambilan kalori, atau menambahkan aktiviti fizikal.
Program diet adalah satu cara, dan harus ingat, PRODUK KURUS BUKAN SATU MAGIK. Sekiranya anda makan satu produk kurus dan anda benar2 menjadi kurus tanpa mengubah lifestyle.. it must be something wrong.