Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Friday, March 29, 2013

Family Wellness Set -Vitamin asas untuk permulaan yang sihat

Set Shaklee Family Wellness memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan

~ membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
~ membantu anda berasa lebih bertenaga
~ menguatkan sistem imun anda
~ membekalkan khasiat untuk kulit,rambut,kuku,tulang dan otot yang sihat.

Terdiri daripada rangkaian:

  1. VITA-LEA
  2. B-COMPLEX
  3. SUSTAINED RELEASED VITA-C 500MG
  4. ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Wednesday, March 27, 2013

Set Vitamin Shape-up Shaklee untuk langsing berseri



~Cara Terbaik untuk Kekal Langsing & Rapi~


Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh yang sihat,langsing dan rapi.

Dengan Set Shaklee Shape-up,anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak yang berlebihan.

Kebaikan :

~Badan yang langsing dan rapi
~Nampak lebih anggun
~Rasa unggul
~Rasa lebih bertenaga
~Meningkatkan keyakinan diri
~Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh


Didalam Set Shaklee Shape-Up ini terdiri daripada :

1.CINCH SHAKE MIX
2.CINCH ENERGY TEA MIX
3.LECITHIN
4.HERB-LAX
Monday, March 25, 2013

Set Kesihatan untuk Wanita - sihat luaran dalaman

Wanita terdedah dengan kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya :-

~ akil baligh
~ pra-kehamilan
~ kehamilan
~pra-menopos
~menopos
~selepas menopos

oleh itu,Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pd semua peringkat kehidupannya.

kebaikannya :
~membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
~menggalakkan kulit yg cantik
~menggalakkan tulang yg cantik
~membantu mengurangkan risiko sakit jantung
~melegakan sakit-sakit sendi

Dapatkan Women's Health Set
1.GLA COMPLEX
2.OSTEMATRIX
3.OMEGAGUARD

Multivitamin untuk anak-sihat antibodi



 Apa yang perlu diambil berat untuk memilih suplemen vitamin yang bagus untuk anak?
1- Suplemen hendaklah diperbuat dari bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk anak.
2- Berikan suplemen vitamin bila anak perlukannya, kerana nutrien berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak.
3- Suplemen tersebut mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut saranan RV mengikut umur.


·         Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
·         Sumber kalsium pembina tulang
·         Baik untuk kesihatan
·         Bekalan harian untuk vitamin B
·         Digalakkan untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang boleh telan tablet
·         Kanak- kanak 2-3 tahun boleh makan (jika sudah pandai kunyah, dan perlu ada pengawasan orang dewasa


Senarai vitamin dan mineral
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D3
Vitamin E
Vitamin K
Thiamin
Riboflavin
Niacin
Vitamin B6
Asid Folik (juga vitamin B)
Vitamin B12
Biotin
Pantothenic Acid
Calcium
Iron
Iodine
Magnesium
Zinc
Copper


Kanak-kanak yang perlukan Vita lea

-          Yang kurang selera makan
-           Yang suka makan junk food
-          Untuk tingkatkan system imun
-          Yang kurang makan makanan berkhasiat
-          Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
-          Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
-          Yang selalu jatuh sakit
-          Yang kurang aktif


Kenali Penyakit Tekanan Darah Rendah


Penerangan Mengenai Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

Kehamilan
Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
Ubat over-the-counter
Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
Kegagalan jantung
Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
Keletihan haba atau strok haba
Penyakit hati

Saturday, March 23, 2013

ESP (Energizing Soy Protein)



Apa itu protein?
Protein berasal dari bahasa Yunani proteios yang berarti pertama atau utama. Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antar sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Karena itulah sebagian besar aktivitas penelitian biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.
Semua jenis protein terdiri dari rangkaian dan kombinasi dari 20 asam amino. Setiap jenis protein mempunyai jumlah dan urutan asam amino yang khas. Di dalam sel, protein terdapat baik pada membran plasma maupun membran internal yang menyusun organel sel seperti mitokondria, retikulum endoplasma, nukleus dan badan golgi dengan fungsi yang berbedabeda tergantung pada tempatnya. Protein - protein yang terlibat dalam reaksi biokimiawi sebagian besar berupa enzim banyak terdapat di dalam sitoplasma dan sebagian terdapat pada kompartemen dari organel sel.
Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsi dan nya, setiap jenis protein membutuhkan kondisi tertentu ketika diekstraksi dari normal biological milieu. Protein yang diekstraksi hendaknya dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktivitas enzimatiknya.

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Perbezaan ESP Shaklee dengan yang lain.
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungisembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga.Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging,4 kali ganda telur,12 kali ganda susy,rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

7 kriteria terbaik yang ada dalam ESP Shaklee.
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Friday, March 22, 2013

APAKAH PENYUSUAN EKSKLUSIF?



• Penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud penyusuan secara eksklusif di mana bayi hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal penyusuan eksklusif ini sangat penting.

• Pada usia enam bulan ke atas adalah waktu si manja bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. 

• Sebarang makanan yang masuk ke pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu secara semulajadi.

• Pada usia sekecil ini, bayi masih memerlukan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawa.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meminimumkan risiko alahan pada bayi.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga meneguhkan hubungan antara ibu dan bayinya. Bayi akan merasa selamat, rapat dan mesra. Jika anda mampu menyusukan secara eksklusif selama enam bulan, tidak mustahil boleh meneruskan sehingga usia anak dua tahun. 
Thursday, March 21, 2013

TIPS PENYUSUAN SUSU BAYI BARU LAHIR / NORMAL / BAYI PRA MATANG



• Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Bagi bayi yang baru lahir hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.

• Teruskan memberikan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan normal. Kolostrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibodi amat diperlukan oleh bayi anda.

• Bagi bayi pramatang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.

• Hantarlah susu perahan dan lawatlah setiap hari bayi anda kerana selain susu bayi pramatang memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.

• Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang.

• Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu (biasanya perahan susu ibu selepas 10 minit pertama) untuk bayi anda.

• Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpan 10ml.

• Setiap kali anda melawat bayi bagi menghantar susu, tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru. Bagi membina sistem imun dalam badan bayi pra matang memerlukan susu segar.

• Bagi membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada dalam incubator selain memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan dan belaian mesra.
Wednesday, March 20, 2013

Koleksi Petua Penjagaan Perut



a. Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

b. Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan ke perut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

c. Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.

Petua Untuk Hidup Bahagia



1. Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Penjagaan Keputihan Wanita



a. Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau.

b. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

c. Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Keputihan Wanita
Tidak Normal:

1. Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

2. Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

3. Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

5. Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Tuesday, March 19, 2013

Jom bermasker Vitamin C


Tanda kekurangan Vitamin C




Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat baik
  • Mudah selsema/ bersin
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
___________________________________________________

Vitamin C pilihan saya adalah Shaklee. Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

artikel from : http://www.mamafaiz.com
Wednesday, March 6, 2013

Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix


Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.

Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung. Ibu mengandung yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.

Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:

- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif

Kalsium boleh diperolehi dari makanan harian seperti susu, yogurt, kacang soya, kubis, keju, buah tin, asparagus, badam, whey dan sebagainya.

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.

Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.


Info Tambahan

Asid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium.

Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.

Ada dua cara mengambil kalsium:
- 500 mg setiap kali pengambilan (dua kali ambil, siang dan malam)
ATAU
- 1000 mg sekali sehari sebelum tidur
Anda boleh ambil yang mana2 anda selesa kerana mengikut pakar nutrisi, kedua2nya boleh.

Monday, March 4, 2013

Kalsium - penting untuk tubuh badan kita.

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Friday, March 1, 2013

Promosi Bulan Mac 2013 _ Ostematrix


Ostematrix - makanan untuk tulang


Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar untuk membinatulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalamtulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolismetulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantumembina jisim tulang

OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisisaraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minumminuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggupenyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain