Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Friday, March 22, 2013

APAKAH PENYUSUAN EKSKLUSIF?



• Penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud penyusuan secara eksklusif di mana bayi hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal penyusuan eksklusif ini sangat penting.

• Pada usia enam bulan ke atas adalah waktu si manja bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. 

• Sebarang makanan yang masuk ke pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu secara semulajadi.

• Pada usia sekecil ini, bayi masih memerlukan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawa.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meminimumkan risiko alahan pada bayi.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga meneguhkan hubungan antara ibu dan bayinya. Bayi akan merasa selamat, rapat dan mesra. Jika anda mampu menyusukan secara eksklusif selama enam bulan, tidak mustahil boleh meneruskan sehingga usia anak dua tahun. 

0 comments:

Post a Comment