Seandainya anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan,perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu.Tetapi vitamin diambil demi memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susuibu kepada simanja.
Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu.Bagaimana hendak memberi yang berkhasiat kepada si kecil sedangkan si ibu tidak mengamalkan pemakanan yg sihat kehidupan yang sihat?
Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu
LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESSI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
1.Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya,membuat sessi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2.SI ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3liter sehari dan emmastikan tidak berdiet dalam memnjayakan penyusuan lengkap buat si manja
3.Si ibu juga digalakkan memdekatkan diri dengan Penciptanya demi memstikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan.Bagi muslim,doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sessi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa,iaut ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Pertandingan Khat (ADNI) 2025 : Part 1
1 month ago
0 comments:
Post a Comment