Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Showing posts with label Info Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Info Penyusuan. Show all posts
Monday, September 30, 2013

Makanan Tambah Susu?

Jenis MakananYang Boleh Menambah Penghasilan Susu Ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, atau dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium.
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah: rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.
Friday, September 6, 2013

FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU


Amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi kalori tambahan sehingga 50 kalori untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Pastikan setiap hari minum 6 hingga 8 gelas air sehari. Jangan lupa juga untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Antara faedah penyusuan susu ibu ialah :
Khasiat yang banyak antaranya protein, lemak dan omega.
Mudah dihadamkan untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental yang baik.
Kaya dengan sel-sel hidup dan antibodi yang berupaya untuk melindungi bayi daripada sebarang jangkitan penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan pada telinga.
Membantu perkembangan otak dan sistem saraf serta meningkatkan tahap IQ. Melindungi bayi daripada risiko penyakit kencing manis, alahan sakit jantung dan kanser.
Mampu mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
Mampu mengurangkan risiko keradangan usus besar pada bayi pra-matang.
Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.


Alfalfa Complex Shaklee - Apa kebaikannya?


Tuesday, July 2, 2013

Ingin susu kekal banyak,badan kekal cergas sambil boleh langsing di bulan Ramadhan?

Inilah pilihan saya untuk menghadapi cabaran penyusuan dikala Ramadhan tiba..rahsia untuk kekal cergas di samping menjalankan ibadah yg diperintahkan olehNya. Ingin dapatkannya?hubungi sy (call/sms/whatApps/weChat) untuk mendapatkan combo ini dengan harga yang menarik.


Wednesday, May 15, 2013

Kebaikan Penyusuan SusuIbu kepada Ibu dan Bayi


Setiap insan inginkan menjadi seorang isteri dan ingin diberi peluang menjadi seorang ibu.Alangkah bahagianya menjadi seorangi bu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang telah dilahirkan.Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui anaknya.Susuibu yang merupakan makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagimemastikannya membesar dengan sihat dan kuat.Susuibu juga mmepunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya dariapda serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi pleh bayi yang baru lahir.Malah,kebanyakan susu tepung bayi boleh mengakibatkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.Kita sering dengar bayi alah susu lembu bayi alah susu soya namun tidak pernah kita dengar bayi alah susuibu itu sendiri.

Selain bayi,ibu juga dapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut.Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovary jarang berlaku pada para ibu-ibu yang menyusu.Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6bulan dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih.Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai dibawah adalah saranan nutrian yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

MULTIVITAMIN (VITALEA)
Ianya menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diet harian.kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Tuesday, May 14, 2013

Tips penyusuan susuibu.

Salam kasih sayang sume..arini saya nak sharekan tips penyusuan susu ibu buat rujukan anda semua.Mudahan boleh dijadikan rujukan untuk merealisasikan impian anda untuk menjayakan penyusuan
susuibu kepada anak-anak anda semua.



1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

 3. Minum Banyak Air
 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu 

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

Wednesday, May 8, 2013

* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu



1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
Friday, March 22, 2013

APAKAH PENYUSUAN EKSKLUSIF?



• Penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud penyusuan secara eksklusif di mana bayi hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal penyusuan eksklusif ini sangat penting.

• Pada usia enam bulan ke atas adalah waktu si manja bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. 

• Sebarang makanan yang masuk ke pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu secara semulajadi.

• Pada usia sekecil ini, bayi masih memerlukan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawa.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meminimumkan risiko alahan pada bayi.

• Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga meneguhkan hubungan antara ibu dan bayinya. Bayi akan merasa selamat, rapat dan mesra. Jika anda mampu menyusukan secara eksklusif selama enam bulan, tidak mustahil boleh meneruskan sehingga usia anak dua tahun. 
Thursday, March 21, 2013

TIPS PENYUSUAN SUSU BAYI BARU LAHIR / NORMAL / BAYI PRA MATANG



• Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Bagi bayi yang baru lahir hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.

• Teruskan memberikan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan normal. Kolostrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibodi amat diperlukan oleh bayi anda.

• Bagi bayi pramatang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.

• Hantarlah susu perahan dan lawatlah setiap hari bayi anda kerana selain susu bayi pramatang memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.

• Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang.

• Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu (biasanya perahan susu ibu selepas 10 minit pertama) untuk bayi anda.

• Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpan 10ml.

• Setiap kali anda melawat bayi bagi menghantar susu, tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru. Bagi membina sistem imun dalam badan bayi pra matang memerlukan susu segar.

• Bagi membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada dalam incubator selain memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan dan belaian mesra.
Wednesday, March 6, 2013

Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix


Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.

Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung. Ibu mengandung yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.

Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:

- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif

Kalsium boleh diperolehi dari makanan harian seperti susu, yogurt, kacang soya, kubis, keju, buah tin, asparagus, badam, whey dan sebagainya.

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.

Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.


Info Tambahan

Asid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium.

Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.

Ada dua cara mengambil kalsium:
- 500 mg setiap kali pengambilan (dua kali ambil, siang dan malam)
ATAU
- 1000 mg sekali sehari sebelum tidur
Anda boleh ambil yang mana2 anda selesa kerana mengikut pakar nutrisi, kedua2nya boleh.

Wednesday, February 20, 2013

Dalam susuibu ada apa?

Bagi yang masih rasa susu ibu hanya susu semata-mata, mari membaca. Baca segala khasiat yang Allah jadikan dalam susu ibu. Print dan tampal di peti sejuk atau di mana-mana yang boleh dibaca oleh semua, terutama oleh orang yang anggap susu ibu tidak berkhasiat berbanding susu formula.

1.Water
2.Carbohydrates (energy source)
3.Lactose
4.Oligosaccharides (see below)
5.Carboxylic acid
6.Alpha hydroxy acid
7.Lactic acid
8.Proteins (building muscles and bones)
9.Whey protein
10.Alpha-lactalbumin
11.HAMLET (Human Alpha-lactalbumin Made Lethal to Tumour cells)
12.Lactoferrin
13.Many antimicrobial factors (see below)
14.Casein
15.Serum albumin
16.Non-protein nitrogens
17.Creatine
18.Creatinine
19.Urea
20.Uric acid
21.Peptides (see below)
22.Amino Acids (the building blocks of proteins)
23.Alanine
24.Arginine
25.Aspartate
26.Clycine
27.Cystine
28.Glutamate
29.Histidine
30.Isoleucine
31.Leucine
32.Lycine
33.Methionine
34.Phenylalanine
35.Proline
36.Serine
37.Taurine
38.Theronine
39.Tryptophan
40.Tyrosine
41.Valine

Wednesday, January 23, 2013

Set Penyusuan Lengkap Shaklee

  • ESP
  • Vitamin C
  • Vitalea (Multivitamin)
  • Alfalfa
  • Ostematrix(kalsium)
  • B Complex










Tuesday, January 22, 2013

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja



Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Pemakanan Semasa Laktasi


Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:

  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • ⅓ capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari

  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur


Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:

  • ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu

  • 1 gelas susu (250ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul


Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

Kebaikan Susu Ibu



Pengenalan
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Kebaikan
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Friday, January 4, 2013

Supplemen dan Penyusuan Susu Ibu

Seandainya anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan,perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu.Tetapi vitamin diambil demi memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susuibu kepada simanja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu.Bagaimana hendak memberi yang berkhasiat kepada si kecil sedangkan si ibu tidak mengamalkan pemakanan yg sihat kehidupan yang sihat?

Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu 
LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESSI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.