Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts
Thursday, September 26, 2013

Makanan untuk tingkatkan metabolisme anda.

Masing-masing ingin kurus untuk dapatkan berat ideal..semua jenuh mengira kalori setiap kali mengambil makanan..stress jugak pada mulanya kan tetapi ianya bakal jadi indah sekiranya kita dapat mengendalikannya dengan ilmu yang betul..

Terdapat 4jenis kategori makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.

  1. Makanan kenyal seperti daging,kekacang,buah-buahan dan sayur-sayuran.Kategori ini membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja meyuap masuk ekdalam perut anda
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan,sayur-sayuran,beras perang,bijirin penuh dan serat.Selain sifatnya yang kenyal,makanan ini kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi ,teh dan dark chocolate.Anda boleh meningkatkan metabolisme andan dengan teh dan kopi tetapi tidak boleh diambil bersama creamer,susu, dan gula secara berlebihan.Teh hijau tidak mempunyai kadar kafein yang tinggi tapi kaya dengan catecins iaitu sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4% iaitu lebih kurang 80kalori setiap hari.Dark chocolate juga mempunyai catechins dan kafein,tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang 'panas'  seperti lada,kayu manis,halia,bawang putih,bunga cengkih,cuka dan lain-lain yang seangkatan.Makanan ini membantu anda dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan.Ia juga membantu anda dalam membakar 100kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak.Makanan seperti ini juga membantu dalam meningkatkan metabolisme sebanyak 12%

Selamat mencuba..pilih makanan yang dapat meningkatkan metabolisme anda.
Saturday, September 21, 2013

Apa itu PARABEN?

Sekarang begitu ramai yang menitikberatkan isi kandungan sesuatu produk dek kerana takut kesan jangka panjang sekiranya terus menggunakannya tanpa menghiraukan kesan sampingan yang bakal diterima.

PARABEN adalah salah satu kelas tahap bahan kimia.Terdapat banyak jenis dan peringkat paraben dan mereka digunakan dalam banyak produk sebagai bahan pengawet.Paraben juga banyak ditemui digunakan didalam pembuatan produk perawatan kulit terkenal dan produk anti penuaan yang mungkin anda sendiri sedang gunakan.

tahukah anda apa itu Paraben? ia adalah benzoic acid versi SINTETIK. benzoic acid ini terhasil secara semulajadi dalam buah-buahan, & bila ia dihasilkan secara sintetik ia dipanggil Paraben.
Paraben guna ia sebagai pengawet dlm bahan-bahan macam ubat, makanan kosmetik, sabun, shampo dan bahan yang membuat losyen untuk menjadi likat.

Sayangnya, Paraben telah dikaitkan dengan berbagai masalah kesihatan,... seperti kanser payudara dan banyak lagi. Dan tentu saja semua hal ini sulit untuk dibuktikan...boleh dikatakan bahawa semua industri perawatan kulit, industri anti penuaan dan industri kosmetik menyangkal semuanya.
Tetapi ada penelitian di luar sana yang menghubungkan Paraben dengan kanser payudara! Tidakkah akan lebih baik untuk berhenti menggunakan Paraben kerana menggunakan alat solekan berpanjangan dan berkimia ini akan menampakkan kesan sampingannya?....
Tiada garis panduan yang memberi ketetapan atau melarang Paraben dalam produk perawatan kulit walaupun salah satu kesan sampingan yang disebut tadi (kanser payudara) terbukti sudah ada.

Tetapi saat ini tidak ada pembatasan pada penggunaan Paraben dalam produk perawatan kulit dan produk anti-penuaan seperti krim wajah kita, pelembab dan krim malam yang  Anda gunakan setiap hari!
Jadi kini terpulang kepada diri kita sendiri untuk membuat pilihan dan memilih untuk memberikan apa yang terbaik buat diri anda dan keluarga.Teruskan sahaja penggunaan produk yang mengandungi Paraben atau pun bertukar kepada bebas Paraben.Pilihan ditangan anda dan anda yangb oleh menentukannya.

Alhamdulillah saya dan keluarga telah menemui Shaklee dan produk Shaklee 100% semulajadi dan terbukti bebas Paraben.Syukur dan saya doakan semoga generasi berikutnya selamat dari kesan-kesan bahaya bahan-bahan kimia yang banyak didalam produk-produk pasaran moden sekarang ini.Wallahualam.




Saturday, September 7, 2013

Kenapa Perlu Ambil Supplemen?

As salam sume..apa kabar? Apa perancangan anda pada hari ini..mungkin ada yang telah siap untuk pergi bekerja walaupun hari ini hari sabtu..dan ada yang masih dikamar tidur membalas waktu tidur yang telah terkorban dek kerana mencari rezeki 5hari yang lepas..

Dunia sekarang perlukan kita berkejar dengan masa demi mencari nafkah buat diri dan keluarga.Kita lambat kita akan kebelakang akan mundur akan kerugian.Tak salah pepatah lama kata MASA itu EMAS.Tetapi dalam kita sibuk seharian mencari sebuah kehidupan dan kesenangan apakah terfikir pada kita kehidupan bagaimana pilihan kita..adakah hanya cukup makan cukup pakai sahaja? pernahkah anda terpifir tentang kesihatan anda?

Usah kita kecilkan kotak pemikiran kita dengan menyatakan mencari rezeki hanya untuk wang makan pakai sahaja.Rezeki Allah dalam bentuk pelbagai.Pernah dengar orang kaya yg punya wang banyak namun tiada kebahagiaan sebab derita dengan pelbagai penyakit?pernah seorang teman komen di mukabuku saya "mungkin kita kedekut nak keluarkan sedikit wang semasa sihat untuk membeli supplemen tetapi percayalah bila sakit sudah bertamu jutaan ringgit pun sanggup kita keluarkan demi menyembuhkan penyakit itu walaupun sudah tahu harapan ketika itu mungkin sudah tipis"

Mengapa perlu kita mengamalkan pengambilan supplemen ketika kita muda dan sihat kini?Istilah mencegah lebih baik dari merawat inilah berkaitrapat dengannya.Tak mahu makan ubat dikala usia senja mulakanlah mengambil supplemen dikala remaja.Ubah gaya hidup sihat bertukar ke cara pemakanan yang seimbang.Jom UBAH.




Thursday, September 5, 2013

Shaklee CoQHealth Plus - Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

Terkandung kesemua proprietari semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengna Vitamin E dan ekstrak Teh Hijua yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.CoQ10 telah ditunjukkan dapat :

  • menyokong penghasilan tenanga bagi jantung
  • menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Coq10 bukan sahaja utk meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolestrol serta memberikan tenaga, stamina dan mengurangkan keletihan.

Tetapi untuk kelihatan lebih muda gitu!! Bagaimana ia dapat membantu? COQ10 membantu menguatkan otot jantung, mencegah pengoksidaan kolestrol jahat dan membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkn oksigen n sel baru yang lebih muda~~dlm erti kata lain membantu KULIT LEBIH CERAH & BERSERI..

Selain itu:
* utk perlindungan matahari semulajadi
* meningkatkan kesuburan
* meningkatkan tenaga-bg yg mengalami sindrom letih yg teruk
* meningkat keupayaan mental

Tahap CoQ10 dlm badan berkurang apabila kita meningkat usia. CoQ10 Shaklee dapat membantu anda.. kandungan 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E n Green tea. 

Dos Pengambilan hanya sebiji sehari selepas makan


Berminat untuk merasai kehebatannya?Hubungi saya

FAZILLAH ABDUL GHANI 

Pengedar Sah SHAKLEE anda ber ID 906554

menerusi pm/sms/WhatsApp/WeChat di talian 017-3150252

Wednesday, September 4, 2013

Kebaikan Kunyit...jom tgk!

iinfo :)

Kebaikan Pengambilan Buah Kiwi?

Ada apa dengan buah kiwi yang kecil ini? Comel saiznya tetapi besar dengan manfaat dan nutrisinya terhadap badan anda. Rasanya yang enak menjadikan sebagai snek yang ringkas dan tepat untuk di bawa bersama sekiranya terasa ingin mengunyah sesuatu. Ia juga sesuai untuk di jadikan hiasan makanan dan sebagainya. Selain itu, buah kiwi boleh membantu proses penurunan berat badan. Mari kita lihat kebaikan buah kiwi.

Setiap buah kiwi seberat 76g cuma mempunyai sekitar 46 kalori. Mungkin anda rasa mungkin tidak cukup kenyang dengan hanya memakan kiwi. Jangan cepat meletakkan andaian. Walaupun berkalori rendah, ianya tinggi serat yang membuatkan nafsu makan anda di sekat. Cuma dengan hanya sebiji kiwi, anda boleh mengawal nafsu makan anda dalam tempoh yang panjang!

Anda yang ingin menurunkan berat badan seharusnya tahu kondisi kesihatan anda. Jika tahap gula dalam darah anda tidak stabil, insulin yang meransang penyimpanan lemak akan terhasil daripada badan anda. Oleh itu, buah kiwi adalah pilihan terbaik anda di mana buah kiwi adalah makanan rendah glisemik yang akan menstabilkan tahap gula dalam darah anda. 

Satu lagi kebaikan buah kiwi yang amat di perlukan bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan ialah buah kiwi dapat meningkatkan metabolisme. Bagi anda yang mempunyai masalah pembuangan dan pencernaan, buah kiwi adalah cara terbaik untuk membantu anda. Kandungannya yang tinggi serat menjadikan ia sangat bagus untuk pencernaan, membuang toksin, mengelakkan sembelit dan pelbagai masalah usus yang lain.




 Buah Kiwi untuk Turunkan Berat Badan? 
Wednesday, July 17, 2013

Faedah ESP untuk anda dan keluarga?

Anda tahu kesan kekurangan PROTEIN terhadap diri kita?meh saya senaraikan secara umum risiko yang dihadapi seandainya kurangnya protein..

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. 
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.
 Liver (penyakit hati)
4. 
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.
 Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. 
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. 
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. 
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. 
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. 
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. 
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. 
Irritability (Badan menggeletar)
13. 
Fatigue (Letih lesu)
14. 
Weakness (Lemah)
15. 
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. 
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.
 Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



ini adalah diantaranya sahaja..byk lg kesan daripada kekurangan protein jika ingin disenaraikan.
Oleh itu ape lagi yang ditunggu..marilah mecuba Energizing Soy Protein hot produk daripada Shaklee hari ini juga. 

Fakta ringkas ESP:
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

#ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

#ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

#ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

#ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

#Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

#Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet


Tuesday, July 16, 2013

Tips Berdiet Di Bulan Puasa

Kebanyakan daripada kita yakin yang akan kurang berat badan apabila berpuasa.Hakikatnya tidak semua akan berjaya hanya segelintir dan jangan tak thau ada juga yang makin bertambah akibat berbuka tanpa beringat.Tatkala pergi bazar Ramadhan macam2 yang ingin dijamahnya. Nafsu makan meluap2 bila ke bazar Ramadhan.Ini adalah kerana ramai bermasalah untuk mengatur diet di bulan puasa.
Bukan mudah untuk tidak makan secara berlebihan ,tetapi jika terkurang lain pula masalahnya.

Disini saya sertakan tips-tips untuk sesiapa yang inginkan berdiet dibulan puasa :

1.Lebihkan Serat - mengutamakan makana yang berserat tinggi dengan meningkatkan pengambilan bijiran sepeeti berasp erang,kekacang,roti mil penuh.Selain itu,sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengna serat.Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera,meneutralkan rmebesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khusunya kepada penghidap diabetes.

2.Pengambilan Buah Kurma - 3biji buah kurma beserta air segelas atau jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.Selain itu dapat menggalakkan kejadian hipoglisemia.Kurma kaya dengan camouran glukosa dan fruktosa.Mengandungi potassium yang tinggi,sekitar 64% lebih tinggi daripada pisang,Kandungan beta-D glucan yang mana serat larut air yang menyebabkan ras kenyang.Jadi mudah untuk mereka yang ingin berdiet.

3.Elakkan Makana Bergoreng - Pilih kaedah masakan yang lebih sihat.Elakkan makanan yang digoreng dan kurangkan penggunaan minyak ata usantan ketika memasak.Begitu juga lemak dan kulit ayam dan daging perlu dibuang sebelum memasak seperti gunakan kaedah memanggang,stim dan sup untuk mendapatkan diet yang lebih sihat di bulan puasa ini.

4.Kunyah Secara Perlahan - Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut berada didalam keadaan lapar.Otak mengmabil masa selama 20minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.

5.Aktiviti Ringan - Teruskan amalan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita.Senaman yangb oleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau jogging,Tetapi tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum mulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan.Bagi individu yangm akan banyak semasa berbuka,biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke sistem pencernaan berbanding ke otot.

Selamat berdiet dan moga dapat berat yang anda hajatkan di bulan puasa ini..





Wednesday, June 26, 2013

Beza ubat dengan SUPPLEMENT..

ILMU DIKONGSI BERSAMA..

Rata-rata masih ramai dikalangan kita tidak faham perbezaan Ubat dan Supplement..disebabkan kita kurang arif maka payahlah untuk kita nak menjual supplement yang kita canang-canangkan.

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT.

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

info dr~warehghimau~

Rahsia untuk susut dgn sihat..ALFALFA & LECITHIN

        Alhamdulillah arini saya ingin berkongsi dengan semua rahsia saya sendiri bagaimana saya boleh turunkan bdan dengan jayanya..Syukur walaupun saya masih menyusukan anak kedua saya yang kini baru berusia setahun dan masih lagi fully breastfeeding sehingga hari ini.Anda faham-faham la bila menyusukan baby cepatlah merasa dahaga dan lapar sebab semuanya da disedut oleh di kecil.Jadi nafsu makan agak memuncak..Akui masa anak no.1 saya agak susah untuk dapatkan kembali ke berat badan asal sebelum mengandung.(Saya seorang yang akan gain weight dgn jayanya semasa mengandung..anak pertama 22kg yg kedua 18kg...fuhh semangat..tiada istilah morning sickness..syukur jugak disitu..mkn tanpa ade rase nk menolak langsung walaupn tkde la nk idam ape2 pun)

Selepas pantang baby kedua sy menjadi ahli Shaklee dan terus amalkn pengambilan siberdua ini LECITHIN n ALFALFA secara konsisten..

LECITHIN - memecahkan lemak/kolestrol dalam badan
ALFALFA - membuang semua lemak/kolestrol dalam badan yang telah dipecahkan oleh Lecithin

Jadi kombinasi berdua ini sangatla membantu dalam menjayakan misi kurus dengan sihat saya.
Alhamdulillah.Dan tidak lupa pengambilan air kosong 2-3liter sehari WAJIB.

Ingin jadi seperti saya..hubungi saya segera..017-3150252 (sms/call/whatsApp/weChat) segera.



Monday, June 24, 2013

Jerebu melanda..apa patut dilakukan?

JEREBU
(Memanjangkan mesej Pengarah Kesihatan Msia)
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
Director General Of Health Malaysia.
Friday, June 21, 2013

Petua Penjagaan Badan Untuk Suri Rumah


Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.
Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
A. Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah seperti berikut:
1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.
C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.
Wednesday, June 19, 2013

Apa itu G6PD?


Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.
Apa maksud kekurangan enzim G6PD?
Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.
Thursday, June 13, 2013

Siapa makan ikut PIRAMID MAKANAN?


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4


Lemak, Minyak dan Gula


Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
Monday, May 13, 2013

[Kesan Minum AIS]-kurangkan atau lagi bagus hentikan.



Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.. Ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!
Saturday, May 11, 2013

8 tip awet muda mudah untuk anda amalkan-kevinzahri.com



Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:
1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.
2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.
3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.
4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.
5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 
7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.
Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.
Thursday, May 2, 2013

Kenali Zinc Complex Shaklee


APA ITU ZINC?
-merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan
peranan dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

PERBEZAAN ZINC SHAKLEE
-Dirumus dari  gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yg lain sprti kalsium & serbuk alfafa utk hasilkan zinc yg mudah diserap oleh tubuh.
-Sesuai utk pengambilan jangka panjang.
-Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh.


AKIBAT KEKURANGAN ZINC :-
1. Masalah kmatangan organ seks yg lambat.
2. Impoten.
3. Pkembangan yg kecil & pincang pada tekstikel.
4. Sperma yg rendah.
5. Kemerosotan fungsi seksual
6. Penuaan pra-matang.
7. kguguran rambut.
8. Luka lambat sembuh.


RUJUKAN:
Impoten - ketidakmampuan untuk memulakan seks dan mempertahankan ereksi.
Ereksi - suatu proses biologi yang berlaku pada zakar lelaki ketika mendapatkan. rangsangan tertentu dengan berubahnya bentuk zakar.
Depresi - gangguan mental.
Prostatomegaly - pembesaran kelenjar prostat.
Tekstikel -  kelenjar kelamin lelaki

Apa itu penyakit Hypothyroidism?




-       Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.

Bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma).?

-       Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Thyroid
-       Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3).

Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.

Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.


Apa yang menyebabkan hipotiroidisme?

Hypothyroidism mempunyai beberapa penyebab, termasuk
1. penyakit Hashimoto
2. tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
3. hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
4. pbedahn pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
5. radiasi rawatan tiroid
6. kesan beberapa ubat

-       Hipotiroidisme disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.

-       Orang yang menghidap hypothyroidism tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tuesday, April 30, 2013

Petua untuk Penghidap Batu Karang dari Dr Hamid Arshat


Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
~Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
~Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
~Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
~Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
~Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.