Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Sunday, September 22, 2013

Tips untuk si perut yang buncit..

Perut buncit pasti memberi rasa ketidaksenang bagi segelintir orang.Terlebih makan atau mengamalkan corak pemakanan yang tidal betul serta kurang bersenam menjadi faktor anda dilihat boroi biarpun anda memiliki bentuk badan yang kurus.

Bagi sesetengah lelaki,mereka lebih cenderung untuk memiliki perut buncit disebabkan faktor genetik namun takutkah anda jika kamu berdisiplin dalam menjaga pemakanan dab bersenam,masalh perut buncit ini boleh diatasi.


  • tingkatkan pengmabilan makanan rendah lemak,karbohidrat dan kalori.Banyakkan pengambilan oat kerana oat mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.Oat adalah contoh makanan yang sesuai dimakan begitu sahaja untuk membuang lemak dibahagiaan perut dengan cepat
  • makanan serat atau bijijran penuh,buah-buahan segar,brokoli,lobak dan tomato adalah antara hidangan yang baik untuk menghilangkan lemak diperut.Makanan tersebut tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber,mineral dan vitamin.
  • Untuk mengurangkan lemak dibahagian perut,makanlah dalam jumlah yang kecil tetapi kerap iaitu antara empat ke enam hidangan dalam sehari.Dengan itu kadar metabolisme akan meningkat kerana jumlah makanan dihadam adalah sedikit.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergoreng,berkolestrol dan berkarbohidrat seperti nasi putih,roti putih,kentang dan kuih muih
  • Gaya hidup mesti berubah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 30minit tiga kali seminggu.Senaman disyorkan adalah berjalan dengan cepat.
Selamat mencuba.

Info artikel dr Utusan Malaysia Sabtu 14 Sept 2013.


Sunday, September 15, 2013

Kawal Pengambilan Gula untuk hidup lebih sihat.


Disenaraikan tip-tip yang boleh anda ambil untuk mengawal pengambilan gula seharian anda :

  • tukar pengambilan gula putih kepada gula perang
  • kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • kurangkan makan makanan yang diproses keran kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • kurangkan jumlah penggunaan susu,susu pekat atau krimer untuk ditambah didalam minuman anda seperti kopi mahupun teh.
  • selalu minta untuk mengurangkan manis atau mitna minuman tanpa gula semasa makan atau minum diluar
  • baca jumlah kandugan gula di setiap label makanan
  • campurkan separuh air minuman kosong dengan separuh air minuman ringan untuk mengurangkan manis kandungan gula.Lakukan selama 2minggu berturut-turut.Anda akan dapat menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan kepada buah-buahan yang segar.

Saturday, September 7, 2013

Kenapa Perlu Ambil Supplemen?

As salam sume..apa kabar? Apa perancangan anda pada hari ini..mungkin ada yang telah siap untuk pergi bekerja walaupun hari ini hari sabtu..dan ada yang masih dikamar tidur membalas waktu tidur yang telah terkorban dek kerana mencari rezeki 5hari yang lepas..

Dunia sekarang perlukan kita berkejar dengan masa demi mencari nafkah buat diri dan keluarga.Kita lambat kita akan kebelakang akan mundur akan kerugian.Tak salah pepatah lama kata MASA itu EMAS.Tetapi dalam kita sibuk seharian mencari sebuah kehidupan dan kesenangan apakah terfikir pada kita kehidupan bagaimana pilihan kita..adakah hanya cukup makan cukup pakai sahaja? pernahkah anda terpifir tentang kesihatan anda?

Usah kita kecilkan kotak pemikiran kita dengan menyatakan mencari rezeki hanya untuk wang makan pakai sahaja.Rezeki Allah dalam bentuk pelbagai.Pernah dengar orang kaya yg punya wang banyak namun tiada kebahagiaan sebab derita dengan pelbagai penyakit?pernah seorang teman komen di mukabuku saya "mungkin kita kedekut nak keluarkan sedikit wang semasa sihat untuk membeli supplemen tetapi percayalah bila sakit sudah bertamu jutaan ringgit pun sanggup kita keluarkan demi menyembuhkan penyakit itu walaupun sudah tahu harapan ketika itu mungkin sudah tipis"

Mengapa perlu kita mengamalkan pengambilan supplemen ketika kita muda dan sihat kini?Istilah mencegah lebih baik dari merawat inilah berkaitrapat dengannya.Tak mahu makan ubat dikala usia senja mulakanlah mengambil supplemen dikala remaja.Ubah gaya hidup sihat bertukar ke cara pemakanan yang seimbang.Jom UBAH.




Wednesday, July 17, 2013

Faedah ESP untuk anda dan keluarga?

Anda tahu kesan kekurangan PROTEIN terhadap diri kita?meh saya senaraikan secara umum risiko yang dihadapi seandainya kurangnya protein..

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. 
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.
 Liver (penyakit hati)
4. 
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.
 Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. 
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. 
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. 
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. 
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. 
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. 
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. 
Irritability (Badan menggeletar)
13. 
Fatigue (Letih lesu)
14. 
Weakness (Lemah)
15. 
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. 
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.
 Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



ini adalah diantaranya sahaja..byk lg kesan daripada kekurangan protein jika ingin disenaraikan.
Oleh itu ape lagi yang ditunggu..marilah mecuba Energizing Soy Protein hot produk daripada Shaklee hari ini juga. 

Fakta ringkas ESP:
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

#ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

#ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

#ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

#ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

#Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

#Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet


Wednesday, June 19, 2013

Apa itu G6PD?


Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.
Apa maksud kekurangan enzim G6PD?
Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.
Friday, June 14, 2013

Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak.
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.
8. Buah Delima.
9. Epal hijau 2 biji seminggu.
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.
12. Garam kasar menggantikan garam halus.
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Tuesday, May 7, 2013

Fanpage di Facebook - Vitamin Untuk Semua

As salam to all..moga arini menjadi hari paling bermakna buat kalian semua..saya da upgrade ke fanpagehttps://www.facebook.com/pages/Vitamin-Untuk-Semua/591611310857588?hc_location=timeline MOHON JASABAIK ANDA SEMUA UNTUK MENG'LIKE" FANPAGE SAYA INI...Selepas ini segala info SHAKLEE dan yang berkaitan dengannya akan saya update di sana..moh kite UBAH ke sana moh!!!terima kasih atas sokongan anda...Wassalam
Wednesday, March 20, 2013

Penjagaan Keputihan Wanita



a. Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau.

b. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

c. Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Keputihan Wanita
Tidak Normal:

1. Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

2. Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

3. Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

5. Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Monday, March 4, 2013

Kalsium - penting untuk tubuh badan kita.

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Wednesday, January 23, 2013

Tip Menurunkan Berat Badan


KEPELBAGAIAN dan kelazatan makanan di negara ini sukar ditolak sesiapapun. Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan. 
Sebaiknya, elakkan makan makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamal–kan pemakanan seimbang. 

Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan meningkatkan risiko kesihatan dan masalah lain seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.


Mari kita bermula dengan tip diet dan pemakanan. 


  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari. 
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan. 
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. 
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun. 
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda. 
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. 
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk. 
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. 
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

  • Thursday, January 10, 2013

    Tips membantu Percepatkan Sembuh Luka Ceasarean


    Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
    Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

    1. Bergerak lebih awal
    Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


    2. Makan makanan berzat dan seimbang
    Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


    3. Minum air secukupnya
    Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


    4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
    Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
    Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


    5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
    Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


    Kepentingan Asid Folic


    Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
    Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

    Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

    • Keluarga yang pernah mengalami NTD
    • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
    • Mengambil ubat sawan
    • Kencing manis
    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

    Tips pemakanan semasa menyusu badan


    Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.
    Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
    Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.
    Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.
    Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
    Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
    info sihat dr alamhamil.com

    Tips untuk hamil dengan cepat

    Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
    Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
    1. Fahami bagaimana kehamilan terjadiJika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
    2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
    3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
    4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.