Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Sunday, September 22, 2013

Tips untuk si perut yang buncit..

Perut buncit pasti memberi rasa ketidaksenang bagi segelintir orang.Terlebih makan atau mengamalkan corak pemakanan yang tidal betul serta kurang bersenam menjadi faktor anda dilihat boroi biarpun anda memiliki bentuk badan yang kurus.

Bagi sesetengah lelaki,mereka lebih cenderung untuk memiliki perut buncit disebabkan faktor genetik namun takutkah anda jika kamu berdisiplin dalam menjaga pemakanan dab bersenam,masalh perut buncit ini boleh diatasi.


  • tingkatkan pengmabilan makanan rendah lemak,karbohidrat dan kalori.Banyakkan pengambilan oat kerana oat mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.Oat adalah contoh makanan yang sesuai dimakan begitu sahaja untuk membuang lemak dibahagiaan perut dengan cepat
  • makanan serat atau bijijran penuh,buah-buahan segar,brokoli,lobak dan tomato adalah antara hidangan yang baik untuk menghilangkan lemak diperut.Makanan tersebut tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber,mineral dan vitamin.
  • Untuk mengurangkan lemak dibahagian perut,makanlah dalam jumlah yang kecil tetapi kerap iaitu antara empat ke enam hidangan dalam sehari.Dengan itu kadar metabolisme akan meningkat kerana jumlah makanan dihadam adalah sedikit.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergoreng,berkolestrol dan berkarbohidrat seperti nasi putih,roti putih,kentang dan kuih muih
  • Gaya hidup mesti berubah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 30minit tiga kali seminggu.Senaman disyorkan adalah berjalan dengan cepat.
Selamat mencuba.

Info artikel dr Utusan Malaysia Sabtu 14 Sept 2013.


0 comments:

Post a Comment