Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Showing posts with label koleksi petua lama. Show all posts
Showing posts with label koleksi petua lama. Show all posts
Sunday, September 15, 2013

Kawal Pengambilan Gula untuk hidup lebih sihat.


Disenaraikan tip-tip yang boleh anda ambil untuk mengawal pengambilan gula seharian anda :

  • tukar pengambilan gula putih kepada gula perang
  • kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • kurangkan makan makanan yang diproses keran kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • kurangkan jumlah penggunaan susu,susu pekat atau krimer untuk ditambah didalam minuman anda seperti kopi mahupun teh.
  • selalu minta untuk mengurangkan manis atau mitna minuman tanpa gula semasa makan atau minum diluar
  • baca jumlah kandugan gula di setiap label makanan
  • campurkan separuh air minuman kosong dengan separuh air minuman ringan untuk mengurangkan manis kandungan gula.Lakukan selama 2minggu berturut-turut.Anda akan dapat menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan kepada buah-buahan yang segar.

Monday, June 17, 2013

Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Muda


1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.
6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.
7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stres. Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Friday, June 14, 2013

Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak.
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.
8. Buah Delima.
9. Epal hijau 2 biji seminggu.
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.
12. Garam kasar menggantikan garam halus.
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Wednesday, March 20, 2013

Koleksi Petua Penjagaan Perut



a. Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

b. Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan ke perut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

c. Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.