Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Friday, June 14, 2013

Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak.
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.
8. Buah Delima.
9. Epal hijau 2 biji seminggu.
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.
12. Garam kasar menggantikan garam halus.
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

0 comments:

Post a Comment