Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Saturday, September 7, 2013

Kenapa Perlu Ambil Supplemen?

As salam sume..apa kabar? Apa perancangan anda pada hari ini..mungkin ada yang telah siap untuk pergi bekerja walaupun hari ini hari sabtu..dan ada yang masih dikamar tidur membalas waktu tidur yang telah terkorban dek kerana mencari rezeki 5hari yang lepas..

Dunia sekarang perlukan kita berkejar dengan masa demi mencari nafkah buat diri dan keluarga.Kita lambat kita akan kebelakang akan mundur akan kerugian.Tak salah pepatah lama kata MASA itu EMAS.Tetapi dalam kita sibuk seharian mencari sebuah kehidupan dan kesenangan apakah terfikir pada kita kehidupan bagaimana pilihan kita..adakah hanya cukup makan cukup pakai sahaja? pernahkah anda terpifir tentang kesihatan anda?

Usah kita kecilkan kotak pemikiran kita dengan menyatakan mencari rezeki hanya untuk wang makan pakai sahaja.Rezeki Allah dalam bentuk pelbagai.Pernah dengar orang kaya yg punya wang banyak namun tiada kebahagiaan sebab derita dengan pelbagai penyakit?pernah seorang teman komen di mukabuku saya "mungkin kita kedekut nak keluarkan sedikit wang semasa sihat untuk membeli supplemen tetapi percayalah bila sakit sudah bertamu jutaan ringgit pun sanggup kita keluarkan demi menyembuhkan penyakit itu walaupun sudah tahu harapan ketika itu mungkin sudah tipis"

Mengapa perlu kita mengamalkan pengambilan supplemen ketika kita muda dan sihat kini?Istilah mencegah lebih baik dari merawat inilah berkaitrapat dengannya.Tak mahu makan ubat dikala usia senja mulakanlah mengambil supplemen dikala remaja.Ubah gaya hidup sihat bertukar ke cara pemakanan yang seimbang.Jom UBAH.




0 comments:

Post a Comment