Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Thursday, September 26, 2013

Makanan untuk tingkatkan metabolisme anda.

Masing-masing ingin kurus untuk dapatkan berat ideal..semua jenuh mengira kalori setiap kali mengambil makanan..stress jugak pada mulanya kan tetapi ianya bakal jadi indah sekiranya kita dapat mengendalikannya dengan ilmu yang betul..

Terdapat 4jenis kategori makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.

  1. Makanan kenyal seperti daging,kekacang,buah-buahan dan sayur-sayuran.Kategori ini membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja meyuap masuk ekdalam perut anda
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan,sayur-sayuran,beras perang,bijirin penuh dan serat.Selain sifatnya yang kenyal,makanan ini kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi ,teh dan dark chocolate.Anda boleh meningkatkan metabolisme andan dengan teh dan kopi tetapi tidak boleh diambil bersama creamer,susu, dan gula secara berlebihan.Teh hijau tidak mempunyai kadar kafein yang tinggi tapi kaya dengan catecins iaitu sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4% iaitu lebih kurang 80kalori setiap hari.Dark chocolate juga mempunyai catechins dan kafein,tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang 'panas'  seperti lada,kayu manis,halia,bawang putih,bunga cengkih,cuka dan lain-lain yang seangkatan.Makanan ini membantu anda dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan.Ia juga membantu anda dalam membakar 100kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak.Makanan seperti ini juga membantu dalam meningkatkan metabolisme sebanyak 12%

Selamat mencuba..pilih makanan yang dapat meningkatkan metabolisme anda.

0 comments:

Post a Comment