Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Tuesday, July 16, 2013

Tips Berdiet Di Bulan Puasa

Kebanyakan daripada kita yakin yang akan kurang berat badan apabila berpuasa.Hakikatnya tidak semua akan berjaya hanya segelintir dan jangan tak thau ada juga yang makin bertambah akibat berbuka tanpa beringat.Tatkala pergi bazar Ramadhan macam2 yang ingin dijamahnya. Nafsu makan meluap2 bila ke bazar Ramadhan.Ini adalah kerana ramai bermasalah untuk mengatur diet di bulan puasa.
Bukan mudah untuk tidak makan secara berlebihan ,tetapi jika terkurang lain pula masalahnya.

Disini saya sertakan tips-tips untuk sesiapa yang inginkan berdiet dibulan puasa :

1.Lebihkan Serat - mengutamakan makana yang berserat tinggi dengan meningkatkan pengambilan bijiran sepeeti berasp erang,kekacang,roti mil penuh.Selain itu,sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengna serat.Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera,meneutralkan rmebesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khusunya kepada penghidap diabetes.

2.Pengambilan Buah Kurma - 3biji buah kurma beserta air segelas atau jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.Selain itu dapat menggalakkan kejadian hipoglisemia.Kurma kaya dengan camouran glukosa dan fruktosa.Mengandungi potassium yang tinggi,sekitar 64% lebih tinggi daripada pisang,Kandungan beta-D glucan yang mana serat larut air yang menyebabkan ras kenyang.Jadi mudah untuk mereka yang ingin berdiet.

3.Elakkan Makana Bergoreng - Pilih kaedah masakan yang lebih sihat.Elakkan makanan yang digoreng dan kurangkan penggunaan minyak ata usantan ketika memasak.Begitu juga lemak dan kulit ayam dan daging perlu dibuang sebelum memasak seperti gunakan kaedah memanggang,stim dan sup untuk mendapatkan diet yang lebih sihat di bulan puasa ini.

4.Kunyah Secara Perlahan - Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut berada didalam keadaan lapar.Otak mengmabil masa selama 20minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.

5.Aktiviti Ringan - Teruskan amalan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita.Senaman yangb oleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau jogging,Tetapi tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum mulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan.Bagi individu yangm akan banyak semasa berbuka,biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke sistem pencernaan berbanding ke otot.

Selamat berdiet dan moga dapat berat yang anda hajatkan di bulan puasa ini..





0 comments:

Post a Comment