Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Wednesday, September 4, 2013

Kebaikan Pengambilan Buah Kiwi?

Ada apa dengan buah kiwi yang kecil ini? Comel saiznya tetapi besar dengan manfaat dan nutrisinya terhadap badan anda. Rasanya yang enak menjadikan sebagai snek yang ringkas dan tepat untuk di bawa bersama sekiranya terasa ingin mengunyah sesuatu. Ia juga sesuai untuk di jadikan hiasan makanan dan sebagainya. Selain itu, buah kiwi boleh membantu proses penurunan berat badan. Mari kita lihat kebaikan buah kiwi.

Setiap buah kiwi seberat 76g cuma mempunyai sekitar 46 kalori. Mungkin anda rasa mungkin tidak cukup kenyang dengan hanya memakan kiwi. Jangan cepat meletakkan andaian. Walaupun berkalori rendah, ianya tinggi serat yang membuatkan nafsu makan anda di sekat. Cuma dengan hanya sebiji kiwi, anda boleh mengawal nafsu makan anda dalam tempoh yang panjang!

Anda yang ingin menurunkan berat badan seharusnya tahu kondisi kesihatan anda. Jika tahap gula dalam darah anda tidak stabil, insulin yang meransang penyimpanan lemak akan terhasil daripada badan anda. Oleh itu, buah kiwi adalah pilihan terbaik anda di mana buah kiwi adalah makanan rendah glisemik yang akan menstabilkan tahap gula dalam darah anda. 

Satu lagi kebaikan buah kiwi yang amat di perlukan bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan ialah buah kiwi dapat meningkatkan metabolisme. Bagi anda yang mempunyai masalah pembuangan dan pencernaan, buah kiwi adalah cara terbaik untuk membantu anda. Kandungannya yang tinggi serat menjadikan ia sangat bagus untuk pencernaan, membuang toksin, mengelakkan sembelit dan pelbagai masalah usus yang lain.




 Buah Kiwi untuk Turunkan Berat Badan? 

0 comments:

Post a Comment