Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Thursday, March 21, 2013

TIPS PENYUSUAN SUSU BAYI BARU LAHIR / NORMAL / BAYI PRA MATANG



• Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Bagi bayi yang baru lahir hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.

• Teruskan memberikan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan normal. Kolostrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibodi amat diperlukan oleh bayi anda.

• Bagi bayi pramatang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.

• Hantarlah susu perahan dan lawatlah setiap hari bayi anda kerana selain susu bayi pramatang memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.

• Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang.

• Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu (biasanya perahan susu ibu selepas 10 minit pertama) untuk bayi anda.

• Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpan 10ml.

• Setiap kali anda melawat bayi bagi menghantar susu, tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru. Bagi membina sistem imun dalam badan bayi pra matang memerlukan susu segar.

• Bagi membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada dalam incubator selain memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan dan belaian mesra.

0 comments:

Post a Comment