Copyright © Vitamin Untuk Semua
Design by alfatihstudio
Wednesday, June 26, 2013

Beza ubat dengan SUPPLEMENT..

ILMU DIKONGSI BERSAMA..

Rata-rata masih ramai dikalangan kita tidak faham perbezaan Ubat dan Supplement..disebabkan kita kurang arif maka payahlah untuk kita nak menjual supplement yang kita canang-canangkan.

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT.

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

info dr~warehghimau~

Rahsia untuk susut dgn sihat..ALFALFA & LECITHIN

        Alhamdulillah arini saya ingin berkongsi dengan semua rahsia saya sendiri bagaimana saya boleh turunkan bdan dengan jayanya..Syukur walaupun saya masih menyusukan anak kedua saya yang kini baru berusia setahun dan masih lagi fully breastfeeding sehingga hari ini.Anda faham-faham la bila menyusukan baby cepatlah merasa dahaga dan lapar sebab semuanya da disedut oleh di kecil.Jadi nafsu makan agak memuncak..Akui masa anak no.1 saya agak susah untuk dapatkan kembali ke berat badan asal sebelum mengandung.(Saya seorang yang akan gain weight dgn jayanya semasa mengandung..anak pertama 22kg yg kedua 18kg...fuhh semangat..tiada istilah morning sickness..syukur jugak disitu..mkn tanpa ade rase nk menolak langsung walaupn tkde la nk idam ape2 pun)

Selepas pantang baby kedua sy menjadi ahli Shaklee dan terus amalkn pengambilan siberdua ini LECITHIN n ALFALFA secara konsisten..

LECITHIN - memecahkan lemak/kolestrol dalam badan
ALFALFA - membuang semua lemak/kolestrol dalam badan yang telah dipecahkan oleh Lecithin

Jadi kombinasi berdua ini sangatla membantu dalam menjayakan misi kurus dengan sihat saya.
Alhamdulillah.Dan tidak lupa pengambilan air kosong 2-3liter sehari WAJIB.

Ingin jadi seperti saya..hubungi saya segera..017-3150252 (sms/call/whatsApp/weChat) segera.



Monday, June 24, 2013

Jerebu melanda..apa patut dilakukan?

JEREBU
(Memanjangkan mesej Pengarah Kesihatan Msia)
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
Director General Of Health Malaysia.
Friday, June 21, 2013

Petua Penjagaan Badan Untuk Suri Rumah


Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.
Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
A. Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah seperti berikut:
1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.
C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.
Wednesday, June 19, 2013

Apa itu G6PD?


Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.
Apa maksud kekurangan enzim G6PD?
Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.
Monday, June 17, 2013

Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Muda


1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.
6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.
7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stres. Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Friday, June 14, 2013

Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak.
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.
8. Buah Delima.
9. Epal hijau 2 biji seminggu.
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.
12. Garam kasar menggantikan garam halus.
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Thursday, June 13, 2013

Siapa makan ikut PIRAMID MAKANAN?


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4


Lemak, Minyak dan Gula


Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
Friday, June 7, 2013

MealShakes – Makanan Curiga Tanpa Ragu


Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas,kanak-kanak tidak endahkan pengambilan untuk menikmati makanan yang seimbang.oleh itu,Shaklee Mealshakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan kerana ia merupakan makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glimesik.

Manfaat Utama :

·        ~ Nutrisi Lengkap- menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita.Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

·         ~Membekal nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein,membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun dan lain2.

·         ~Membantu tumbesaran- mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

·         ~Anti-oksidan-mengandungi vitamin A,C,E,Zink,selenium yang merupakanagen anti-oksidan yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

·         ~Mengembalikan seri wajah – mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besidan copperyang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat,sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang cantik

·         ~Detoksifikasi-kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus dan perut.

·        ~ Kelazatan rasanya – minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi,penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga.Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.Sesuai untuk semua golongan peringkat umur.
Monday, June 3, 2013

Shaklee Promotion June'13 - MEALSHAKES Buy 6 Free 1


ANAK SEMBELIT? EKZEMA? KURANG SELERA MAKAN? SERING DEMAM/ BATUK & SELSEMA BILA HANTAR NURSERI??
1. Vitamin Apa Sesuai Untuk Anak Saya?
✔✔ Anda pasti memerlukan MEALSHAKE.
2. Apa tu MEALSHAKE?
✔✔ MEALSHAKE adalah makanan tambahan untuk anak berumur setahun ke atas yang kaya dengan multivitamin.
✔✔Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Ia berperisa vanila dan sedap dinikmati oleh sesiapa sahaja terutama kanak-kanak.
3. Siapa yang Sesuai Minum MEALSHAKE?
★ anak tiada/ kurang selera makan.
★ memilih makan - tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
★ selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
★ mempunyai athma & bronchitis.
★ mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
4. Bagaimana cara mengambil MEALSHAKE?
✔✔ Hanya SATU SUDU dimasukkan dalam susu / minuman kegemaran.
Sangat JIMAT dan BERBALOI. ♥♥
5. Berapa Harga MEALSHAKE ini?
✔✔ Harga MEALSHAKE hanya RM113.75, tetapi untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA sempena PROMOSI JUN 2013,
Hubungi sy,pengedar sah Shaklee anda. pm/sms/whatsApp/email...
Sunday, June 2, 2013

Menarik tentang MEAL SHAKE SHAKLEE

Fakta menarik tentang Mealshake Shaklee



Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curiga

Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah